MISTERI CENDAWAN ANEH



BERITA HANGAT KELUARAN LEPAS:

JALAN IPOH, KUALA LUMPUR:

MELIHAT dari saiznya sahaja, ianya sudah kelihatan pelik dan aneh. Dan lebih aneh lagi, ianya tumbuh di dalam pasu bunga.
Menurut seorang pengamal perubatan tradisional Wali Songo, cendawan tersebut akan tumbuh dalam pasu bunga tersebut apabila dia menjalankan rawatan yang berkaitan dengan sihir atau santau.
Dia mula menyedari kejadian aneh tersebut sewaktu merawat seorang pesakit yang terkena busung akibat termakan cendawan yang telah disihir oleh orang yang tidak bertanggungjawab. "Semasa rawatan, saya sangka dia hanya mengalami penyakit biasa sahaja, tetapi kali ini saya berdepan dengan sihir yang menggunakan cendawan. Biasanya busung hanya menggunakan katak sahaja tetapi kali ini menggunakan cendawan.
"Bahayanya cendawan ini saya melihat dari segi ianya adalah sejenis kulat dan mudah tumbuh di mana-mana sahaja. Dan apabila cendawan ini kembang, maka perut mangsa juga akan mengalami masalah. Inilah yang sukar untuk dibuang kerana ianya berkaitan dengan kulat.
"Namun dengan izin Allah S.W.T dan atas ikhtiar, racun santau itu telah dibuang. Tetapi apabila saya lihat di pasu bunga saya, terdapat cendawan tumbuh dalam pasu tu dan ianya tidak logik jika ianya bukan satu kejadian yang aneh. Belum sempat saya meramkan foto cendawan tersebut, ianya telah layu dan hilang.
"Selang beberapa hari kemudian, cendawan tu muncul lagi. Dan baru saya teringat saya ada menerima pesakit yang terkena sihir lagi. Tanpa berlengah, saya terus mengambil foto tersebut menggunakan telefon bimbit untuk diteliti lebih dekat.
"Saiznya besar dan berlainan dari cendawan biasa. Mungkin inilah sihir yang menggunkaan cendawan. Mendengar cerita pesakit saya, dia mengatakan sebelum dia terkena busung, dia ada memakan sup cendawan yang diberikan oleh jirannya.

"Katanya, jirannya itu pernah memarahinya kerana berlaku kurang sopan ketika jirannya melintas dihadapan rumahnya. Bukannya apa, cuma ketika jirannya melintas dihadapan rumahnya, pintu secara tiba-tiba tertutup kuat kerana ditiup angin dan ini hanyalah salah faham sahaja.

"Mungkin kerana itu, jirannya menggunakan cara halus untuk membalas dendam lalu mengambil cara yang hanya akan mengundang dosa. Inilah manusia. Jika ada salah faham dan tersalah kata, maka kita haruslah segera meminta maaf dan bukannya memendam di dalam hati. Inilah yang akan mengundang hasutan syaitan untuk melakukan sihir," ujarnya.

 
. © 2008 by para Você | Re-design Sweet Baby Girl