RAHSIA MENJADI KEBAL (IKLAN)

TANGAN BAYI ADA AYAT AL QURAN



Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

PROMOSI HARGA IKLAN RUANG INI:
KINI HANYA RM500 SEBULAN. (HARGA BIASA RM1300 SEBULAN)



Eksklusif: Penduduk Tmn Hj.Md Amin Permatang Pauh Gempar !!, Sejadah Berdiri Yang Pernah Di Hebohkan Dulu Kini Muncul Di Kawasan Mereka

BUKIT MERTAJAM, 2 Okt - Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba "berdiri" dengan sendiri malam tadi. Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, masing-masing berusia 26 tahun, menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira jam 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari. Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan adalah hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lalu. "Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya hari ini.

Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu. Mohamad Shuhaimi berkata, beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut. "Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya. "Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya "berdiri" tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya. Katanya, beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya. Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah "berdiri" berkenaan.

BATU CINCIN KEBAL?




Terus menjadi buruan orang ramai:

BATU CINCIN KEBAL?

Kuala Lumpur: Pernah didedahkan oleh Mingguan Misteri sebelum ini bahawa ramai kalangan tok guru silat memburunya. Kayu Gemunggal atau juga disebut Teras Kilo, antara bahan semulajadi yang semakin hari semakin menjadi rebutan orang ramai di sana sini.Dari tinjauan kami juga, ianya mula mendapat sambutan hebat sejak pilihanraya yang lalu kerana dikatakan diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri. Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk buah cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya. Perkara ini boleh diuji sendiri oleh sesiapa juga dengan mengambil sebotol asid (cuka getah yang digunakan bagi getah skrap) dan cuba mencelupkan jari anda ke dalam cuka tersebut. Tetapi mestilah memakai cincin Gemunggal tersebut terlebih dahulu. Awas, jika anda tidak memakai Cincin Gemunggal tersebut, jari anda mungkin akan hancur!Kayu Gemunggal ini berasal dari pokok gemunggal . Perkataan Gemunggal ini dikatakan merupakan istilah dari sebutan masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu, lebih dikenali sebagai Teras Kelo.Masyarakat India selalu menggunakan daunnya untuk masak kari. Bukan setakat di kampung-kampung malah hasil tinjauan kami, kini pokok gemunggal banyak ditanam di tepi-tepi jalan di taman perumahan sekitar Kuala Lumpur .Kehebatan Cincin Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhapat isteri. Pernah dilaporkan oleh akhbar harian tidak lama dahulu bahawa para datin sanggup keluarkan wang beribu ringgit semata-mata ingin mendapatkan cincin gemunggal tersebut.Ramai masih belum tahu akan khasiatnya. Antara khasiat cincin gemunggal ini ialah dapat menawarkan racun dalam makanan. Menurut petua orang lama-lama, sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.Ianya juga boleh menjauhkan dari terkena hikmat sihir, menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir dengan cara menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah,menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa dengan cara memakai terasnya sebagai cincin dan sebagainya lagi.Tapi anda harus ingat, semua kuasa hanyalah dari Allah swt. Kayu gemunggal ini sebagai ikhtiar sahaja.Bak kata orang, kayu gemunggal yang bersifat semulajadi ini tidak perlu tambahan jampi serapah. Jadi, tidak rugi kiranya anda menyimpan cincin gemunggal ini di dalam rumah anda. Untuk mendapatkannya, bolehlah terus menghubungi 019-2244707 .

WANITA PUN MULA BURU KAYU GEMUNGGAL

Menurut sebuah laman web, kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Menurut web tersebut, khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. "Anda seorang anak gadis yang ada rupa, anda lebih lawa dari orang lain, jadi ini akan membuatkan orang mula berdengki dengan anda dan mulalah menggunakan ilmu sihir bagi menyantau anda. Selalunya masalah penolakan cinta menyebabkan pihak lelaki sering tertekan dan mula mengambil tindakan luar biasa dengan menggunakan bomoh. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri nombor 2, 3 atau 4.

MISTERI CENDAWAN ANEH



BERITA HANGAT KELUARAN LEPAS:

JALAN IPOH, KUALA LUMPUR:

MELIHAT dari saiznya sahaja, ianya sudah kelihatan pelik dan aneh. Dan lebih aneh lagi, ianya tumbuh di dalam pasu bunga.
Menurut seorang pengamal perubatan tradisional Wali Songo, cendawan tersebut akan tumbuh dalam pasu bunga tersebut apabila dia menjalankan rawatan yang berkaitan dengan sihir atau santau.
Dia mula menyedari kejadian aneh tersebut sewaktu merawat seorang pesakit yang terkena busung akibat termakan cendawan yang telah disihir oleh orang yang tidak bertanggungjawab. "Semasa rawatan, saya sangka dia hanya mengalami penyakit biasa sahaja, tetapi kali ini saya berdepan dengan sihir yang menggunakan cendawan. Biasanya busung hanya menggunakan katak sahaja tetapi kali ini menggunakan cendawan.
"Bahayanya cendawan ini saya melihat dari segi ianya adalah sejenis kulat dan mudah tumbuh di mana-mana sahaja. Dan apabila cendawan ini kembang, maka perut mangsa juga akan mengalami masalah. Inilah yang sukar untuk dibuang kerana ianya berkaitan dengan kulat.
"Namun dengan izin Allah S.W.T dan atas ikhtiar, racun santau itu telah dibuang. Tetapi apabila saya lihat di pasu bunga saya, terdapat cendawan tumbuh dalam pasu tu dan ianya tidak logik jika ianya bukan satu kejadian yang aneh. Belum sempat saya meramkan foto cendawan tersebut, ianya telah layu dan hilang.
"Selang beberapa hari kemudian, cendawan tu muncul lagi. Dan baru saya teringat saya ada menerima pesakit yang terkena sihir lagi. Tanpa berlengah, saya terus mengambil foto tersebut menggunakan telefon bimbit untuk diteliti lebih dekat.
"Saiznya besar dan berlainan dari cendawan biasa. Mungkin inilah sihir yang menggunkaan cendawan. Mendengar cerita pesakit saya, dia mengatakan sebelum dia terkena busung, dia ada memakan sup cendawan yang diberikan oleh jirannya.

"Katanya, jirannya itu pernah memarahinya kerana berlaku kurang sopan ketika jirannya melintas dihadapan rumahnya. Bukannya apa, cuma ketika jirannya melintas dihadapan rumahnya, pintu secara tiba-tiba tertutup kuat kerana ditiup angin dan ini hanyalah salah faham sahaja.

"Mungkin kerana itu, jirannya menggunakan cara halus untuk membalas dendam lalu mengambil cara yang hanya akan mengundang dosa. Inilah manusia. Jika ada salah faham dan tersalah kata, maka kita haruslah segera meminta maaf dan bukannya memendam di dalam hati. Inilah yang akan mengundang hasutan syaitan untuk melakukan sihir," ujarnya.

 
. © 2008 by para Você | Re-design Sweet Baby Girl